permata hati ibu dan ayah

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 2 November 2017

3rd pregnancy : 4D scan with jezzlyn @ umra seksyen 13

Salam..hai readers

Ibu just tukar 2nd to 3rd je kt post title. Haha. Mmg dr aqeel lagi scan ngan jezzlyn kat umra sebab suka cara dia pujuk baby dalam perut.

Kalini dibu amek details scan. Maklom lah dh msuk 30 ni risau la kot baby dalam perut tak cukup zat kan..

Bestnya detail scan ni sebab dia check semua organ. Dari otak,jantung, pundi kencing, tulang2 sampai lah ke letaknye tali pusat. Besarnya kekuasaanmu ya allah. Masa detail scan ni aqeel ngan ammara dh sibuk melompat sane sini. Ye la boring kan tgk tv takde kaler. Haha

Lepas detail scan baru la buat 4d scan. Terus jezz try cari muka. Susahnya nak dapat capture muka dia. Dua2 tangan tutup muka. Dari telentang ibu kena ngereng kiri pastu kanan baru dapat gambar muka. Hahaha. Lepas tengok muka terus check gender. Memang style dibu 26-28w baru nak tau 100% gender. Dan rasa2 yang ke3 ni geng abang aqeel ke kakak ammara? Hehe



Overall sangat2 berpuas hati dengan sonographer jezz ni. Detail scan + 3d4d scan rm180. Murah la kan. Hehe



Tuesday, 31 October 2017

Aqeel warded & Parent meet teacher day

Salam. Hai readers.

Kalau anak2 kawan2 yang lain baru nak start exam, anak dibu dah settle exam last 2 weeks. So, last saturday ade parent meet teacher day.

Aqeel warded start hari jumaat lagi due to pneumonia. Dari bilik asthma, dibawak ke yellow zone dan terus ke red zone. Dibu ingat aqeel semput biasa je rupanya ade kuman dalam paru2.. huuu. Ayah yang jaga aqeel dekat wad sebab dibu ade si kinteng yang perlu dipeluk utk tido. Hehe



So hari sabtu tu dibu pegi school dengan ammara je. Without aqeel. Sedey sikit..


Mula2 cikgu tunjuk rekod bacaan bm, bi dan qiraati. Bm dan bi alhamdulillah aqeel kat top rank. Tp untuk qiraati ade sikit problem cikgu cakap. Hahaha.



Pastu tunjuk plak kertas ujian. Semua 100%. Tp cikgu ckp semua arahan cikgu la bacakan. Sokey lah tu nak.

Last sem ibu pegi cikgu ckp aqeel lemah kat math..sekarang math dah ok cuma kena lebih tumpuan baca iqra'. Hafazan semua ok cuma sayang sgt suara. Malu2 mcm dibu. Ehh

Alhamdulillah. Ibu tak letak expectation yang tinggi pon untuk aqeel. Aqeel has done a good job! Dibu lebiu syg.

P/s : aqeel discharge on saturday night. Alhamdulillah

Monday, 18 September 2017

Aqeel : beguk

Salam.. hai readers

Harini masuk 9 hari lepas aqeel kena beguk atau nama lain nya jangkitan di kelenjar air liur atau nama cantik sikit, bengkak cantik.

Bengkak mula keluar hari ahad lepas. Ibu yang paranoid ni ofkos akan terus bawak anak laju2 ke hospital. Takot la hoi tengok leher anak tiba2 bengkak. Sampai hospital nurse check suhu dah demam pulak. Memang aqeel lemah sangat2.


Masa jumpa doc..doc check dari tekak sampai ke bebird aqeel. Nak tengok ade bengkak tak sebab jangkitan tu bleh buat tel*r bengkak jugak. Tapi alhamdulillah tak sampai ke situ. Doc diagnose sebagai beguk. Aqeel dapat mc 3 hari dengan ubat demam + antibiotik


Knowing my son, die memang susah betol nak telan antibiotik. So ibu tak bagi, just bagi ubat demam. Isnin dan selasa ibu ayah gilir2 cuti. Aqeel still lemah, demam dah kurang. Malam2 mesti mengadu sakit kepala. Siannnn anak ibu

Rabu ibu kena jugak hantar aqeel ke daycare sebab ibu kena pegi checkup. Kat daycare cikgu selalu letakkan nila + cuka. Nak bagi surut bengkak.

Khamis dan jumaat aqeel still duduk daycare. Tak sampai hati ibu nak bagi aqeel pegi sekolah. Kepala still tak boleh toleh kanan. Makan kurang selera. Sakit kepala pon still ada.

Sabtu dan ahad ibu dah boleh dengar aqeel bergaduh ngan ammara. Maknanya ape tu? Maknanya aqeel dah sehat. Selera makan pon baru nak ada. Demam memang dah tak ade tapi sakit kepala tu dia selalu ngadu malam2 masa tidur. Bengkak tu still ada tapi tak sebesar ahad lepas. Takes time kot nak surut.



Dan harini aqeel start sekolah balik. Alhamdulillah tak de ragam2. Harap2 bengkak tu akan surut dan aqeel akan terus sehat.. aminnn
bloggerwidgets